Informasi dan Gambar Menarik Istana Negara yang Baru di Jalan Duta
Seperti yang sedia maklum Istana Negara Jalan Duta telah mula beroperasi secara rasminya pada 11 November 2011 yang lalu dari Istana Negara di Jalan Istana ke Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Proses perpindahan bermula pada 18 Oktober 2011 dan pada hari ini, 15 November 2011 merupakan hari Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi SPB- Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Jalan Istana dan menaikkanya di Istana Negara Jalan Duta. Ini menunjukkan Istana Negara telah secara rasminya berpindah dari Jalan Istana ke Jalan Duta. Berikut adalah beberapa informasi menarik tentang Istana Negara.

Bangunan Istana Baru di Jalan Duta
Pengenalan Tentang Istana Negara
Istana Negara adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana Negara yang lama terletak di Jalan Istana. Bermula pada Oktober 2011 ia telah berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta dan mula beroperasi pada 11 November 2011.
Istana Negara, Jalan Istana
Sebelum mengetahui tentang Istana Negara baru lebih baik berkenalang dahulu dengan Istana Negara lama yang terletak di Jalan Istana. Bangunan ini dibina pada tahun 1928 dan pada awalnya milik seorang jutawan bernama En. Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, Kerajaan Negeri Selangor telah membeli bangunan ini dan diubahsuai menjadi Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sehingga tahun 1957.

Gambar Istana Negara di Jalan Istana
Istana ini telah dibeli oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1957 untuk dijadikan Istana Negara, tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Sejak itu, beberapa perubahan dan pembesaran dilakukan. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian pada tahun 1980 adalah secara menyeluruh, kerana inilah kali pertama Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilangsungkan di Istana Negara. Sebelum ini upacara pertabalan dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Oleh kerana Istana Negara tidak dibuka kepada orang ramai dan pelancong, maka kawasan pintu pagar utama merupakan tempat yang sering dikunjungi untuk mengambil gambar dan sebagainya. sumber
Istana Negara Jalan Duta
Istana Negara yang terletak di Jalan Duta ini dibina untuk menggantikan Istana Negara yang telah digunakan sejak tahun 1957.Istana Negara baru ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 yang lalu. Istana Negara, Jalan Duta ini akan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.

Istana Negara
Pembinaan Istana Negara ini dikatakan menelan belanja sehingga RM 800 juta yang merangkumi 3 komponen utama; Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta). sumber: mStar online
Ciri-ciri Bangunan
Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
Laluan Istana
Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iatu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.

Pintu Pagar Hadapan Istana Negara
Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu- Tetamu Diraja.
Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara. sumber: Laman web rasmi Istana Negara
Gambar-gambar Menarik Istana Negara Jalan Duta
Berikut adalah sedikit gambar-gambar menarik Istana Negara yang terletak di Jalan Duta itu. sumber gambar: lepak.my

Istana Negara 1

Istana Negara 2

Istana Negara 3

Istana Negara 4

Istana Negara 5

Istana Negara 6

Istana Negara 7

Istana Negara 8

Istana Negara 9

Istana Negara 10
Sekian terima kasih. Diharapkan agar post ini dapat memberi manfaat bersama. Tolong jangan politikkan post Istana Negara Jalan Duta ini ye 🙂
ala….. bru nk main politik hahahaa…
by the way very nice n beautiful….
bangga r ada istana mcm ni.. bru la gah institusi diraja… xde le lekeh je…..
bru la boleh berbangga dgn negara2 lain spt jepun n britain hehe….
boleh aku curik gambo? wahahahaha!!!!
honestly aku suka kalau bangunan2 lama dikekalkan dan dijaga.. macam pejabat kerajaan johor yang mempunyai senireka bentuk unik sebelum berpusat di nusajaya.. apapun,menarik juga istana baru ni.. sebulan lepas nampak macam tak siap lagi masa shoot gambar kat mahkamah jalan duta..
ak rasa, ini adalah satu pembaziran yg cantik..
kos berjuta-juta, kalo bg kat ak duit tuh, langsai dh duit ptptn..
(siap ley buat rumah anak yatim dll)
pergh lawo…kolam besau tu…lebih baik la dr istana lama yg mcm koloni itu..lambang kemelayuan….
istana baru kerajaan baru
Ade istana bagus..tp xditunjukkan senibina melayu (Malays Vernacular Achitecture)…bnyk boleh ditunjukkan kekuasaan raja melayu melalui rekaan melayu…yg ditunjuk adalah islamic inspired…nampak macam kompleks kerajaan jer dan x seperti istana yg gah. Sangat sayang~
Wao keren ijin copas gambar boleh gak ya,,,, bagus banget beh