Informasi Tentang GTP dan Iklan Promosi yang Sangat Comel dan Menarik

Diterbitkan Pada 19/10/2011 | Oleh cisdel | Iklan Menarik, Trivia

Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Program (GTP)  diwujudkan untuk mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan awam bagi manfaat rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa, dan latar belakang untuk merealisasikan konsep 1Malaysia. Ia merupakan inisiatif yang bercita-cita tinggi dan meluas yang bertujuan menangani bidang-bidang utama yang menjadi keprihatinan rakyat di samping menyokong transformasi Malaysia menjadi negara yang membangun dan berpendapatan tinggi, selaras dengan Wawasan 2020.

Government Transformation Programme GTP Informasi Tentang GTP dan Iklan Promosi yang Sangat Comel dan Menarik

Government Transformation Programme (GTP) Logo

Dua ciri utama GTP:

  • Memberikan tumpuan terhadap keutamaan yang paling penting lagi bermakna kepada rakyat, iaitu, Rakyat Didahulukan.
  • Mewujudkan perubahan asas di seluruh negara untuk memberikan keberhasilan besar yang pantas, iaitu Pencapaian Diutamakan.

Dalam proses untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan, Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) / The National Key Results Areas, yang memerlukan keberhasilan yang besar serta pantas, telah dibentuk. Setiap NKRA mempunyai Penunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI)nya sendiri iaitu sasaran khusus untuk dicapai demi kepentingan masyarakat atau rakyat. Enam NKRA tersebut adalah seperti berikut:

  1. NKRA Mengurangkan Jenayah
  2. NKRA Membanteras Rasuah
  3. NKRA Mempertingkat Pencapaian Pelajar
  4. NKRA Mempertingkat Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
  5. NKRA Mempertingkat Infrastruktur Asas Luar Bandar
  6. NKRA Mempertingkatkan Kemudahan Awam di Bandar

Sila tonton video dibawah untuk penerangan lanjut tentang GTP

NKRA Mengurangkan Jenayah / Reducing Crime

NKRA Membanteras Rasuah / Fighting Corruption

NKRA Mempertingkat Pencapaian Pelajar / Improving Student Outcomes

NKRA Mempertingkat Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah / Raising Living Standards of Low-Income Households

NKRA Mempertingkat Infrastruktur Asas Luar Bandar / Improving Rural Basic Infrastructure

NKRA Mempertingkatkan Kemudahan Awam di Bandar / Improving Urban Public Transport

Video Kreatif Penerangan Inisiatif-Inisiatif GTP

Tak suka tengok video yang rasmi dan panjang lebar tu? Berikut adalah video iklan promosi bagaimana rakyat Malaysia boleh mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif Government Transformation Program (GTP). Antara inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan adalah seperti:

Klinik 1Malaysia

Prasekolah

Kedai Rakyat 1Malaysia

Subsidi Minyak

Mengurangkan Jenayah

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar

Jika korang rajin menonton TV1 atau TV2 pasti korang selalu tengok iklan-iklan ini tapi rasanya tak ramai yang tengok RTM ni jadi sebab itu kami kongsikan disini. Semoga kita mendapat manfaat bersama dan menambahkan ilmu icon smile Informasi Tentang GTP dan Iklan Promosi yang Sangat Comel dan Menarik Seperti biasa, tolong jangan politikkan post ini ye. Kalau tak setuju dengan apa-apa cuba lihat dari aspek betapa cantiknya video promosi GTP berkenaan hehe boleh?

Sumber: Laman web rasmi GTP

Kongsi Artikel

6 Responses to Informasi Tentang GTP dan Iklan Promosi yang Sangat Comel dan Menarik

  1. zerous berkata

    GTP ni ader juga sediakan kindergarten percuma weh

  2. saha berkata

    buatlah apa saja GTP ke, Atp ke. aku tetap 101 peratus pilih pembangkang. Samalah-samalah kita transform ke kerajaan baru. Pilihanraya ke 13, kita tinggalkan negeri Johor sahaja untuk BN.

  3. Lizz berkata

    akulah antara manusia yang tak tengok RTM.sumpah tak pernah tengok iklan ni.nasib baik kau letak kat sini,hahahahaha

  4. Pacifista berkata

    ada beberapa iklan je yang aku pernah tengok.yang lain langsung tak pernah tengok… :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>