Senarai Cokmar Universiti-universiti di Malaysia

Published On 13/10/2011 | By cisdel | Trivia

Cokmar pada asalnya merupakan alat senjata diubah bentuknya menjadi sebuah alat lambang kebesaran dan kuasa. Di universiti, ia merupakan lambang kuasa universiti dan kebiasaannya digunakan dalam majlis-majlis rasmi Universiti yang melibatkan Chanselor contohnya Majlis Konvokesyen. Setiap universiti di Malaysia mempunyai cokmar masing-masing, berikut adalah senarai cokmar universiti-universiti di Malaysia

Cokmar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

cokmar Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTeM

Keris Panjang UTeM

“Keris Panjang sebagai lambang kuasa Universiti akan diperuntukkan untuk dipakai dan dibawa oleh Panglima semasa mengiringi Canselor pada Konvokesyen Universiti. Keris melambangkan kebesaran dan kekuasaan masyarakat Melayu yang sangat dimuliakan.  Di samping pengaruhnya yang kuat mendasari budaya dan adat resam Melayu, ia juga merupakan suatu lambang keindahan seni pertukangan Melayu yang dikagumi dan dihormati.” sumber: Laman Web UTeM

Cokmar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

cokmar upnm

cokmar upnm

Cokmar UPNM adalah berasaskan Pedang Zulfaqar yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W dan menantunya Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramullah Wajha. Panjang pedang ini ialah 5 kaki. Ia diperbuat daripada logam perak dengan campuran besi dan bersalut emas. Petikan Al-Quran dari surah Al-Anfal ayat 60 turut ditatahkan pada pedang. sumber: Laman Web UPNM

Cokmar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

cokmar ukm

Cokmar UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah kurniaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai lambang kuasa Universiti. Cokmar ini digunakan dalam upacara rasmi Universiti seperti Majlis Konvokesyen dan Majlis Perisytiharan Pelantikan Canselor dan juga Pro-Canselor. sumber: Laman Web UKM

Cokmar Universiti Teknologi Mara (UiTM)

keris uitm

Keris UiTM

Cokmar atau lambang kuasa UiTM bermotifkan sebilah keris yang dinamakan “Keris Agung” dan diiringi dengan “Tombak Agung”. Kedua-duanya melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung, kukuh dan murni. sumber: Laman Web UiTM

Cokmar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

cokmar uthm

Cokmar UTHM

Konsep dan rekabentuk cokmar berteraskan kepada kecergasan dan kedinamikan UTHM dalam pelbagai aktiviti yang bertunjangkan tauhid dalam kehidupan dan pembelajaran yang mempunyai identiti sebagai sebuah universiti berteraskan teknologi. sumber: Laman Web UTHM

Cokmar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

mace usim

Mace USIM

Cokmar Universiti Sains Islam Malaysia telah diserahkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia sebagai lambang kuasa Universiti. Cokmar ini digunakan dalam upacara-upacara rasmi Universiti seperti Majlis Konvokesyen dan Majlis Pemasyhuran Perlantikan Canselor. sumber: Laman Web USIM

Cokmar Universiti Putra Malaysia (UPM)

cokmar upm

Cokmar UPM

Cokmar Universiti Putra Malaysia sebagai lambang kuasa Universiti dianugerahkan dengan limpah kurnia oleh Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 30hb. Julai 1977. .Bersempena dengan perlantikan Canselor yang pertama, Duli Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Mahrhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj, D.K., D.M.N, S.P.M.S., D.K. (Brunei), D.K. (Johor), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.N.M. (Melaka), P.J.K. Cokmar ini diperbuat daripada emas dan perak, panjangnya 1.4 meter dan beratnya 8.0 kilogram. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Obor, Batil dan Turus. sumber: Laman Web UPM

Cokmar Universiti Malaysia Sabah (UMS)

cokmar ums

Cokmar UMS

Cokmar adalah simbol kebesaran Universiti. Kepala Cokmar berbentuk glob mengandungi emblem negara Malaysia yang terletak di atas Jalur Gemilang. Ini menunjukkan kedudukan Universiti sebagai institusi pendidikan tinggi yang menjunjung misi dan visi negara yang berusaha memberikan pendidikan kepada semua warga negaranya. Pada cincin alas glob tertulis dalam aksara jawi perkataan Universiti Malaysia Sabah. sumber: Laman Web UMS

Cokmar Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA

Cokmar UniSZA

Cokmar UniSZA

Menurut sejarah penganugerahan ijazah sesebuah universiti, cokmar dijadikan simbol kebesaran dan kuasa di dalam istiadat konvokesyen. Cokmar ini juga menandakan kuasa Canselor sebagai ketua universiti. Di dalam mereka cadang cokmar Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) ini, banyak pertimbangan telah dibuat seperti persoalan konsep keilmuan, falsafah dan sejarah institusi pendidikan itu sendiri mahupun persekitarannya. sumber: Laman Web UniSZA

Cokmar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

cokmar upsi

Cokmar UPSI

Cokmar lambang kebesaran Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah limpah kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersempena dengan Istiadat Perlantikan Canselor Pertama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun di Istiadat Konvokesyen Pertama pada 4 Disember 1999. sumber:  Laman Web UPSI

Cokmar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

cokmar unimap

Cokmar UniMAP

Konsep ‘pohon kehidupan’ telah diambil kira sebagai reka bentuk cokmar yang terdiri daripada akar, batang, daun dan bunga. sumber: Laman Web UniMAP

Kami sedang berusaha untuk melengkapkan senarai cokmar universiti-universiti di Malaysia. Kepada pelajar yang tiada terpampang universitinya di sini, jangan berkecil hati. Salahkan web master sebab website tak mesra SEO hehehe. Atau mungkin memang tiada cokmar. Anda boleh kongsikan link penerangan tentang cokmar universiti anda di bahagian komen jika tidak keberatan.

Penerangan cokmar-cokmar di atas diambil secara terus daripada laman web universiti yang dinyatakan untuk mengelak sebarang kesilapan fakta. Untuk keterangan lanjut sila lawati sumber yang telah disertakan. Sila maklumkan jika ada sebarang kesilapan dalam post cokmar universiti ini ye.

Kongsi Artikel

15 Responses to Senarai Cokmar Universiti-universiti di Malaysia

  1. Omar says:

    USIM punyer paling cool~

  2. aku takkan salahkan kau topo UMT tak de dalam ni sebab aku pun tak pernah dapat jumpa gambar full haha.

  3. sakura girl says:

    mr admin….nie bkn smua u kan……der lg u…yg x der nie….he..he.

  4. titan says:

    pehh, macam-macam gaya..

  5. OrangAkaun K says:

    UKM power..kehkeh

  6. Eh…UM, USM takde ke?

  7. sickchild72 says:

    poli? T____T ko keji topo ko keji

  8. sumber yang sukar diakses melalui laman web menyukarkan pengumpulan maklumat mengenai cokmar. apapun memang terbaiklah 😀

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *