Bila Tajuk Filem Ditukarkan Dengan Lembu

Published On 24/08/2011 | By cisdel | Lawak

Di Malaysia memang ada banyak filem-filem yang menarik dan mencuit hati. Menjelang hari raya nanti akan ada lebih banyak lagi filem-filem yang bermutu akan keluar dia pawagam. Itu filem-filem biasa, kali ini kami nak kongsikan macam mana la agaknya bila tajuk filem-filem itu ditukar dengan lembu ye hehe. Tak faham? Takpe teruskan membaca dan anda akan tahu nanti. Semoga terhibur.

Filem KaripapKaripap Lembu

filem karipap-karipap cinta lembu

Poster KaripapKaripap Lembu

 Sinopsis Mengisarkan tentang 2 ekor lembu yang suka makan karipap Mak Limah depan rumah. Obsesi mereka terhadap karipap sangat keterlaluan sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk karipap berkenaan. Tapi akhirnya baru mereka sedar rupa-rupanya inti karipap kegemaran mereka itu diperbuat daripada lembu kaum kerabat mereka. Tunggu sampai keluar kat pawagam baru tau ending dia. Cerita ini tiada kena mengena langsung dengan filem KaripapKaripap Cinta. Harap Maklum

Filem Tolong Awek Aku Lembu

tolong awek aku lembu

Poster Tolong Awek Aku Lembu

Sinopsis Percintaan 2 alam haiwan yang tidak mendapat restu keluarga. Filem romantik komedi ini mengisarkan tentang Mon si monyet yang sangat rajin berkerja tapi malangnya tidak mempunyai seekor awek pon. Akhirnya dia bertemu dengan Cisdelia yang anggun rupawan. Tapi malangnya hujan di tengah hari awek yang disangkakan monyet itu rupa-rupanya seekor lembu zombie…. Errr jangan kaitkan cerita ini dengan filem Tolong Awek Aku Pontianak

Filem Bini-biniku Lembu

bini-biniku gangster lembu

Poster Bini-biniku Lembu

Sinopsis Cisdeana  dan Cistania pada luarannya sama seperti bini-bini biasa. Tapi pada hakikatnya kedua-dua isteri kepada Si Mon ini adalah seekor lembu gangster yang menjadi ketua kawasan masing-masing. Rumah tangga yang dahulunya aman kini menjadi porak peranda kerana masing-masing sibuk mahu menambat hati suami mereka. Watak dan cerita ini tiada kena mengena dengan filem Bini-biniku Gangster.

Filem Lembu Dalam Botol

lembu dalam botol

Poster Lembu Dalam Botol

Sinopsis Mengisarkan kehidupan seekor lembu yang terperangkap dalam botol selama puluhan ribu tahun. Lembu berkenaan disemadikan di dalam sebuah potret mistik untuk memastikan dia kekal hidup sehingga sekarang. Cerita ini tiada penamatnya dan tiada kaitan dengan … dalam botol.

Ada beberapa lagi filem dalam pembikinan tapi malangnya tidak dapat disiapkan dalam masa terdekat. Teruskan setia dengan cisdel.com untuk melihat poster-poster filem terbaru yang akan keluar antaranya:

  1. lembu kak limah balik rumah
  2. lembu 3A
  3. Lagenda Budak Lembu
  4. Lembu sempit
  5. Lembu kampung pisang
  6. Lembu Notti
  7. Semerah Lembu Stilleto

Penafian: Post ini adalah sekadar hiburan sahaja dan tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Nama dan watak-watak dalam semua filem di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian terima kasih

Kongsi Artikel

22 Responses to Bila Tajuk Filem Ditukarkan Dengan Lembu

  1. shifaa says:

    Lembu Dalam Botol memang takleh blah haha :snake_ee:

  2. helmiazmi says:

    Hahaha..nice one^^

  3. k.e.r.i. says:

    sengal. sampai dibuat entry. haha.

  4. Mr.Bintang says:

    lembu dalam botol x leh blahhh!!! hahahahahahaha :lol_ee:

  5. Twit N View says:

    nice, idea yg fresh dari ladang ternakan lembu..

  6. Kita mencadangkan agar kita mengamalkan dasar pandang ke sebarang + menghasilkan filem Islamik sedikit… Ketika Lembu Bertasbih 8)

  7. Azrul says:

    laa…patut la ko main hashtag kat twitter aritu…pasal ni rupanya..hehe

  8. Fitrihadi says:

    Hahaha kelakar ar bro!! Thumbs up!

  9. elia says:

    😀 hahaha really nice…. all about lembu…

  10. Pingback: Ukiran Mini dalam Botol yang Sangat Kecil | cisdel.com

  11. lembu sempit.. x bley blah! -..-!!

  12. Omar says:

    style giler graphic editing ko…

  13. yellow duck says:

    lepas ne bley la wat klip lembu 3GP..nge hehe..

  14. yusf says:

    bini-bini ku lembu XD….hahaha

  15. mama lynn says:

    comel sangat …. hehe klakar pun ada

Leave a Reply to k.e.r.i. Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *