Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

Published On 26/07/2011 | By cisdel | Trivia

Post tentang Wang Kertas Baru Malaysia ada disini

Kepada yang rajin tengok berita pasti tahu tentang kewujudan duit syiling baru Malaysia siri ketiga. Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan sidatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.

Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ketiga

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Spesifikasi Teknikal Duit Syiling Baru Malaysia

Nilai Muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen
Logam Nikel Loyang Bersalut Kuprum Nikel Loyang Keluli Tahan Karat Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm) 22.65 20.60 18.80 17.78
Berat (gram) 5.66 4.18 2.98 1.72

 

Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)

Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.

50sen_baru 50 sen – Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.

20sen_baru20 sen – Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

10sen baru10 sen – Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

syling 5sen baru5 sen – Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.

cisdel syiling

sumber: Duit Syiling Baru Malaysia di Bank Negara Malaysia

 

Kongsi Artikel

15 Responses to Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

  1. adledash says:

    Salam..

    RC tu ape? Ringgit Cisdel ek? O_o

  2. nnt mesti byk mkn kos utk pengubahsuaian vendor2 machine sbb duit tu besar drpd yg lubang sediada :)

  3. Siti Arfah says:

    Em ok ape duit syiling sblum2 ni, duit syiling br tu cm plik je ukirn dia. hehe

  4. zuan says:

    menarik penerangan syiling ni dan cantik.. pd awl2 pakai msti konfius warna 50 dan 20 sen.. sbb sblum ni warna perak :)

  5. hamid says:

    duit ni keluar awal tahun depan ke?

  6. syuwai says:

    owh.. nice info..

    <=tak ambil tau pun sblm ni XD

    tak payah susah2x nak hasilkan duit, hasilkan susu dah cukup ye cisdel..haha

  7. Wan says:

    nnt yg lama blh guna lagi ka?

  8. Duit syiling cisdel tu boleh suggest kat Bank Negara buat duit syiling peringatan ngeh3 :grin2_ee:

  9. GreenApple says:

    dapat guna duit syiling baru… 😀

  10. Salam.
    Kalau duit lama ditarik balik, ini pasti membantu penguasaha vending machine utk calibrate mesin mereka. Tapi BNM dah buat kajian kot. Belum ada lagi penguasaha yang kecoh pasal ni.

    tapi ramai yang kata duit syiling ni macam euro coins.

  11. Pingback: Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia | cisdel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *