30 Fakta Menarik Tentang Buah-Buahan

Published On 05/07/2011 | By cisdel | Trivia

Sebelum ini kami banyak menulis fakta-fakta menarik tentang binatang dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Post kali ini kami ingin kongsikan trivia atau fakta menarik tentang buah-buahan pula. Semua fakta ini diambil daripada game Fruit Ninja  dan diterjemah oleh kami sendiri.

Fruit Ninja

semangat main Fruit Ninja nak kumpulkan semua facts ni

  1. Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
  2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi
  3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)
  4. Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
  5. Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
  6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus
  7. Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
  8. 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
  9. California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
  10. Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
  11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
  12. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara
  13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
  14. Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen
  15. Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun
  16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
  17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
  18. Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol
  19. Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut
  20. Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren
  21. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
  22. Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain
  23. Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia
  24. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
  25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri
  26. Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf
  27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
  28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok
  29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
  30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air

Hahaha cuba teka berapa lama masa yang kami ambil untuk main game fruit ninja ni dan dapatkan fakta buah-buahan ini semua. Ada banyak lagi fakta-fakta menarik sebenarnya, kalau nak tahu sila download dan main sendiri game fruit ninja hehehe
cisdel potong buahsumber: game fruit ninja

Kongsi Artikel

6 Responses to 30 Fakta Menarik Tentang Buah-Buahan

  1. Fakta 28 tu best. untung sapa tanam oren 😛

  2. Pear pn rupe mcm lembu cisdel..hehe

  3. Hanis says:

    menarik betul fakta ni.
    terima kasih ye cari dan translate-kan.

    lepas ni nak makan banyak-banyak pisang. membantu menenangkan sistem saraf.

  4. Que says:

    wah..semangat ye men smpy hbs..hehe

    BTW fact psl Jambu xde ke?? sedih

  5. Wan says:

    aku men NF versi pc

  6. Pingback: Tembikai Paling Kecil di Dunia | cisdel.com

Leave a Reply to Wan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *