30 Fakta Menarik Tentang Buah-Buahan
Published On 05/07/2011 | Trivia
Sebelum ini kami banyak menulis fakta-fakta menarik tentang binatang dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Post kali ini kami ingin kongsikan trivia atau fakta menarik tentang buah-buahan pula. Semua fakta ini diambil daripada game Fruit Ninja dan diterjemah oleh kami sendiri.

semangat main Fruit Ninja nak kumpulkan semua facts ni
- Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
- Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi
- Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)
- Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
- Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
- Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus
- Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
- 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
- California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
- Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
- Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
- Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara
- Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
- Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen
- Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun
- Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
- Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
- Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol
- Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut
- Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren
- Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
- Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain
- Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia
- Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
- Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri
- Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf
- Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
- Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok
- Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
- 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air
Hahaha cuba teka berapa lama masa yang kami ambil untuk main game fruit ninja ni dan dapatkan fakta buah-buahan ini semua. Ada banyak lagi fakta-fakta menarik sebenarnya, kalau nak tahu sila download dan main sendiri game fruit ninja hehehe
sumber: game fruit ninja
Fakta 28 tu best. untung sapa tanam oren 😛
Pear pn rupe mcm lembu cisdel..hehe
menarik betul fakta ni.
terima kasih ye cari dan translate-kan.
lepas ni nak makan banyak-banyak pisang. membantu menenangkan sistem saraf.
wah..semangat ye men smpy hbs..hehe
BTW fact psl Jambu xde ke?? sedih
aku men NF versi pc
Pingback: Tembikai Paling Kecil di Dunia | cisdel.com