20++ Mutiara Kata dan Ayat-ayat Motivasi yang Menarik

Published On 23/05/2011 | By cisdel | Menarik, Trivia

Ayat motivasi dapat menaikkan semangat kita terutamanya pada hari Isnin memang terkenal dengan “Monday Blues” dimana kebanyakkan orang akan menjadi lemau dan malas nak buat apa-apa. Post kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa mutiara kata dan ayat-ayat motivasi yang mampu untuk menaikkan semangat untuk berkerja icon smile 20++ Mutiara Kata dan Ayat ayat Motivasi yang Menarik

artikel motivasi 20++ Mutiara Kata dan Ayat ayat Motivasi yang Menarik

gambar ni bermotivasi tak? hahaha

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mutiara kata ini semua diambil daripada web SantapanMinda.com. Ada banyak lagi mutiara kata, ayat-ayat motivasi, renungan dan sebagainya yang boleh didapati di laman web tersebut. Sila rujuk sumber kami kalau nak baca mutiara kata itu semua dan jangan lupa follow @SantapanMinda di twitter icon smile 20++ Mutiara Kata dan Ayat ayat Motivasi yang Menarik

cisdel ambil mutiara 20++ Mutiara Kata dan Ayat ayat Motivasi yang Menarik

sumber  SantapanMinda.com dan twitter @santapanminda

Untuk pengetahuan anda, selain daripada projek ayat motivasi dan mutiara kata ini beliau juga ada mencipta widget waktu solat untuk diletakkan di blog

Kongsi Artikel

16 Responses to 20++ Mutiara Kata dan Ayat-ayat Motivasi yang Menarik

  1. Ahmad Fikrizaman says:

    Kalau kat sebelah utara, cikgu-cikgu jadi sunday blues…

  2. Joe says:

    mmg betul² motivasi punya ayat

  3. ecah says:

    amik gune chopstick ea =P

  4. Twit N View says:

    santapan yg bleh rasa sentapan utk menaikkan motivasi keje…bagus perkongsian ni..

  5. mee rahhh says:

    Salam . Saya nak share-2 ayat ni bole ?

  6. thaks ya..
    sekarang aku bisa ngerjain pr aku.

  7. Lala says:

    motivasi yang bermanfaat….

  8. muhammad fabi irawan says:

    Nice motivasi :):) , oya follow twitter aku ya admin and buat sapa aja lah yang mau @irawan_fabi aku suka kata – kata unik and memberi motivasi :D

  9. onno says:

    mencari untung yang banyak itu penting. tetapi memberi untung ba
    nyak orang itu lebih penting.

  10. Pingback: 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011 | cisdel.com

  11. Wan Abdul Malik Wan says:

    thankz 4 sharing…pembakar semangat

  12. yuliana says:

    postingnya bermanfaat bangeet,,,
    bisa menambah motivasi buat saya…
    thnkz..
    yuli

  13. sangat2 membina…kata2 motivasi the best..

  14. cuda_))) says:

    memang caya ar..cayyokk2..

  15. nanuescha says:

    Orang yang bijak , seringkali mengutarakan kata2 yang indah dan bernas. .

  16. daddydee says:

    terima kasih ayat yang amat berguna dan mampu memotivasikan diri bagi mereka yang mahu berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>