Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan

Published On 19/04/2011 | By cisdel | Trivia

Ramai wanita pasti suka bila ada orang memberi mereka bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga. Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye :)

bunga ros

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

Merah Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”. 
Pink Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
Kuning Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan
 
Putih Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you” 
Lavender Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa
 
Oren Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru
 
Hitam Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru
 
Biru Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan
 

Sekali lagi kami ingin ingatkan, ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Kami teruskan dengan memberikan maksudbilangan bunga ros yang diberikan pula.

Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

1 Rose Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 Roses Saling menyayangi antara satu sama lain
3 Roses I love you
6 Roses Aku ingin menjadi milikmu
7 Roses Aku tergila-gilakan kamu
9 Roses Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 Roses Kamu adalah sempurna
11 Roses Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 Roses Be my steady
13 Roses Peminat rahsia
15 Roses Saya minta maaf, tolong maafkan saya
20 Roses Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 Roses Aku setia pada mu
24 Roses Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Roses menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 Roses Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 Roses Cintaku padamu adalah tulen
50 Roses Cinta yang tiada sesalan
99 Roses Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 Roses Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 Roses Kaulah satu-satunya cintaku
108 Roses Jom Kahwin!
365 Roses Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 Roses Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

Diulangi buat kesekian kalinya ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Semua yang tertulis ini adalah hasil terjemahan berdasarkan pemahaman admin sendiri dengan sedikit bantuan google translate. Kalau ada sebarang salah silap harap dapat diperbetulkan.

Rose Color Chart

Rose Color Chart

Ya kami sedar ada ayat-ayat yang mungkin terlalu jiwang dan tidak dapat ditafsir oleh mereka-mereka yang berjiwa ganas. Kami juga dah muntah dan tepuk dahi beberapa kali sebab geli baca ayat sendiri haha. Selepas ini kalau dapat bunga ros tu cuba la tanya kalau si dia tahu maksudnya :)

cisdel bagi bunga ros

sumber: loveletterbox, love-of-roses, squidoo, google translate yang tak membantu sangat haha (susah woo nak translate pasal bunga ros ni)

Kongsi Artikel

42 Responses to Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan

  1. maksudnya kalau bg ros biru, cinta tu mustahil atau mmg mustahil tak bley nak buat bunga ros jd warna biru? 😉

  2. blowie says:

    gile kentang nak bg 999 bunga ros, bek aku buat mandi je. wangi gak satu rumah nnt 😛

    • Adlina says:

      hehe…apelah…nape x nak kasi kat si dia??? kalau bagi,barulah dia tau perasaan yg kita rase…hihi… :)

  3. amirnawawi says:

    ha3..aku kalau bagi sekuntum pom belum tentu lagi.. nak bagi 999, erm..

  4. kambeng wer says:

    bunge warne pelik2 tue dorang kalerkan.. de orang bagi 999.. siap bg ngan belon love2 + coklat love skali..

    Bunge purple = anda gay
    bunge kaler pape tapi wrap kaler purple = anda gay.. org kate bkn aku kate huhu..

  5. titan says:

    tak penah bagi bunga kat pempuan. haha.. :snake_ee:

  6. secret says:

    xpenah dpt bunge :) n xsuke buge ros.. :grin2_ee:

  7. Pingback: Pasu Bunga yang Sangat Unik dan Kreatif | cisdel.com

  8. totttt says:

    xpnh dpt munge…T_______T”

  9. Nurhidayu (bp) says:

    best nyer dapat ros merah!!! gembira tak terhingga…

  10. ridzuan says:

    admin saya nak copy utk d shared boleh???

  11. Adlina says:

    hihi…sy x suke dpt bunga…mmg dulu sy suke tapi si dia tu pergi kasi ros hitam…x kan x mrh???mestilah mrh!!!kan???

  12. pari2 cintaaaaa says:

    tk ske bunga…………..ske coklattttttt hhehehheeh

  13. pelangi hidupmu says:

    saya suka bunga ros..

  14. rashidatul adawiyah says:

    trima kasih ya… mklumat ini dpt sye gunakan dlm karangan saya… :)

  15. sha says:

    im so happy went i get rose from my love,since i am as a friend..couple..enggage..married..wife..

  16. zahidahwahid says:

    tak berapa suka rose, tapi suka tulip… tulip tak de maksud ke? kekekeke

  17. ika says:

    bunga ros? nasib baik ika tak suka bunga ros. hahaha. -.-”

  18. i like roses ..ehehehe !

  19. hasnizaliyana says:

    black rose lagi comel ekkk???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *