Fakta Menarik Pilihanraya Umum Dun Sarawak 2011

Published On 14/04/2011 | By cisdel | Trivia

Seperti yang sedia maklum, pada 16 april 2011 yang akan datang akan berlangsung Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ke 10. Di mana-mana kini sibuk bercerita tentang PRN yang bakal berlangsung Sabtu ini. Atas permintaan, dalam post ini kami ingin sertakan beberapa fakta yang mungkin menarik tentang Pilihanraya Sarawak 2011

Sarawak-Election

Sumber gambar: freemalaysiatoday.com

  1. Tarikh pemilihan calon adalah pada 6 April 2011 dan Pilihanraya pada 16 April 2011
  2. Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac 2011
  3. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud adalah Ketua Menteri Sarawak ke 4 dan telah memerintah semenjak 1981
  4. Sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan
  5. Terdapat 1,749 Pusat Mengundi yang mengandungi 2,606 Tempat Mengundi (Saluran)
  6. SPR telah mengeluarkan writ kepada 71 pegawai pengurus pilihan raya dan 165 penolong pegawai pengurus pilihan raya bagi membantu suruhanjaya itu menjalankan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10
  7. SPR juga melantik 24,379 orang pegawai dan petugas pilihan raya untuk membantu SPR
  8. 213 calon yang bertanding daripada BN, PKR, SNAP, PAS, PCM, DAP dan Bebas
  9. Calon terdiri daripada 197 calon lelaki dan 16 calon perempuan
  10. Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi
  11. Terdapat 27 kawasan pertandingan 2 penjuru, 23 pertandingan 3 penjuru, 17 pertandingan 4 penjuru, 2 pertandingan 5 dan 6 penjuru.
  12. Pertandingan 6 penjuru adalah di Dun N. 25 Balai Ringin dan N. 43 Ngemah
  13. Seramai 979,796 pemilih berdaftar layak mengundi
  14. 961,433 pengundi biasa dan baki 18,363 lagi membabitkan pengundi pos
  15. 11,738 daripada undi pos terdiri daripada anggota tentera
  16. Proses undi pos berlangsung pada hari Rabu dan Khamis, 13 & 14 April 2011. Anggota polis akan mengundi pada hari Rabu manakala anggota tentera mengundi secara pos pada Rabu dan Khamis.
  17. Pada pilihan raya negeri yang kesembilan ( 20 Mei 2006) , 71 kerusi dipertandingkan dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 62 kerusi manakala lapan lagi kerusi dimenangi pembangkang iaitu enam milik Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masing-masingnya satu manakala satu lagi kerusi menjadi milik Bebas.
  18. Tiada Parti Umno di Sarawak (tak pasti sebab tiada sumber sahih-  tolong sahkan :)
  19. Untuk melihat senarai lengkap calon-calon yang bertanding sila layari laman web ini.
  20. Untuk senarai lengkap keputusan pilihanraya Sarawak 2011 sila layari laman web ini

Cukuplah rasanya fakta-fakta dan trivia ini tunggu la keputusan penuh pilihanraya Umum Dun Sarawak nanti tidak lama lagi ye. Semua fakta dan trivia ini diambil daripada pelbagai sumber. Jika ada sebarang tambahan atau kesilapan tolong maklumkan kepada kami. Kepada yang layak mengundi, sila tunaikan tanggungjawab anda :) Kami sangat berharap agar tiada komen berbaur politik di post ini ye. Kalau ada nanti kami delete :)

cisdel tak boleh mengundi

sumber: SPR, tv3, freeMalaysiatoday, theborneopost, laman web rasmi Ketua Menteri Sarawak

Kongsi Artikel

9 Responses to Fakta Menarik Pilihanraya Umum Dun Sarawak 2011

  1. kt sana xbyk melayu. the closest one cuma melanau je. maybe sbb tu UMNO xditerima disana 😉

  2. Yup, UMNO memang xda, kat sini ada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) 😛

  3. landax says:

    Jom la cisdel~lepak sana..untung2 ley sembelih ko wat rendang,makan sambil berkempen =)

  4. Orang Akaun says:

    lagi dua hari..lepas ni semua yang dok sebok berkempen kurung diri dalam opis..batang hidong pon tak nampak dah..hahaha

  5. Tahukah anda Pehin Sri Taib Mahmud turut mendapat julukan Taib Mubarak kerana lamanya memegang jawatan Ketua Menteri berbanding Tun. Dr. Mahathir menjadi PM :smirk2_ee:

    • admin says:

      haha yang pegang ketua menteri lama tu tau.. yang Taib Mubarak tu tak tahu.. terima kasih atas info tu

  6. afique says:

    aku nak bela lembu cisdel boleh? comel sangat dohh! haha

  7. MDHAFiZ.NET says:

    saya anak jati sarawak..ya benar memang tiada UMNO di Sarawak :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *