Kami memang suka paparkan telatah-telatah bayi comel dan mencuit hati. Rasa tenteram je jiwa ni bila tengok muka baby tu semua haha. Suatu ketika dahulu kami pernah memaparkan koleksi gambar baby tido dengan sangat comel. Kali ini terima lah 30 gambar koleksi bayi yang comel hasil karya Evan Kafka.
Suatu ketika dahulu kami pernah memaparkan post mari bermain dengan bulan hasil kreativiti fotografer terkemuka. Post ini kira macam post adik beradik jugak la haha. Tapi kali ini kita bermain dengan awan pulak. Semua ini adalah hasil kreativiti Horst J. Bernhart yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada Mei tahun lepas. Tetapi hasil seni beliau tetap dikagumi sampai sekarang
Baru-baru ini National Pigeon Association, US (NPA) ada menganjurkan pencarian Burung Merpati Tahunan Terbaik Tahun 2010. Sebanyak 3,721 ekor burung bertanding mewakili 26 baka. Berikut adalah antara burung merpati yang menjadi juara. Nak tau kenapa mereka juara? haha sila tengok sampai habis dan anda akan tahu kenapa.
Cisdel.com kini sedang bertanding dalam DiGi WWWOW Awards bagi kategori Top LOL (humor). Jadi kami sangat berharap agar rakan-rakan dapat mengundi kami. Untuk memudahkan anda semua untuk mengundi, kami telah mengubah url undian itu kepada http://cisdel.com/jom/undi Jadi korang cuma perlu ingat cisdel.com/jom/undi hehe. Kepada yang masih tidak tahu macam mana nak mengundi, sila ikuti tutorial dibawah
Beberapa hari lepas kami ada kongsikan pendrive berbentuk kamera yang sangat cool. Post itu mendapat sambutan diluar jangkaan dan ramai yang meminta untuk kami kongsikan lagi post-post yang ada kaitan dengan kamera. Post kali ini pula kami ingin kongsikan hadiah-hadiah yang cool dan mungkin sesuai untuk diberikan kepada seorang photographer.
McDonalds adalah franchise makanan segera yang terkemuka di Malaysia. Sebelum ini kami pernah kongsikan fakta-fakta menarik tentang McDonald’s, untuk post kali ini kami ingin kongsikan hidangan-hidangan istimewa McD yang ada di sesebuah negara dan tiada di negara lain. Semoga anda terhibur.
Kebiasaannya di duit 100 USD akan terpapar wajah Ben Franklin, seorang negarawan, diplomat dan pelabur yang sangat terkemuka di USA. Dalam post kali ini kami ingin kongsikan macam mana rupa duit 100usd yang telah diubahsuai dan diconteng dengan sangat cantik khas untuk projek Make Your Franklin.
Sebelum ini kami pernah memaparkan model robot yang sangat cool daripada barangan eletronik. Post kali ini kami ingin kongsikan perabot-perabot yang dihasilkan daripada barangan eletronik dan komputer terpakai yang sangat cool dan boleh digunakan. Perabot ini semua adalah hasil rekaan Benjamin Rollins Caldwell daripada BRC Designs.
Sudu, garpu dan pisau sering digunakan terutamya ketika makan. Ia boleh dikatana sebagai keperluan wajib bagi setiap rumah haha. Dalam post kali ini kami ingin kongsikan rekabentuk sudu, garpu dan pisau yang sangat unik dan kreatif. Mungkin boleh dijadikan idea untuk hadiah hari ibu nanti
Sebelum memulakan post ini, kepada yang tidak kenal siapa itu Mr. Men sila klik di sini. Mr. Men adalah watak kartun yang hanya menggunakan expresi muka seperti smiley face dan sebagainya. Post kali ini kami ingin kongsikan macam mana rupa superhero-superhero terkenal jadi versi Mr. Men yang sangat comel hasil kreativiti Seven Hundred.


