20 Fakta Menarik Tentang Lembu
Diterbitkan Pada 23/02/2011 | Trivia
Sebelum ini kami pernah memaparkan fakta menarik tentang lipas, gajah dan kucing. Post-post berkenaan mendapat sambutan diluar jangkaan. Kali ini kami ingin meneruskan lagi siri fakta menarik haiwan dan kini tiba lah masanya fakta menarik tentang lembu pulak hehehe.

gambar ini tipu, lembu tiada gigi atas haha
- Lembu dan manusia mempunyai tempoh kehamilan yang lebih kurang sama iaitu 9 bulan.
- Di U.S.A. hasil pengeluaran susu lembu tenusu adalah dijangka lebih kurang 12,000 pound setiap hari.
- Di Colorado terdapat lebih kurang 83,000 lembu tenusu.
- Lembu tenusu boleh menghasilkan 20-35 gelen air liur setiap hari.
- Lembu tenusu minum di antara 20-50 gelen air setiap hari.
- Lembu tiada gigi di bahagian atas, sebaliknya mereka ada lapisan tebal di rahang atas.
- Lembu boleh mengesan bau sejauh 5 batu.
- Lembu mampu mendengar bunyi berfrekuensi lebih tinggi dan lebih rendah berbanding manusia
- Anda perlu memerah susu 260 ekor lembu sepanjang tahun untuk memenuhkan tangki minyak kapal angkasa yang berkapasiti 529 000 gelen.
- Ada lebih 9 juta anak lembu daging dan lembu tenusu di New Zealand.
- Jumlah lembu di Friesland, Netherlands adalah sama dengan bilangan manusia yang tinggal di sana.
- Suhu lembu yang baru diperah adalah 101 darjah Fahrenheit dan ia perlu disejukkan dan di simpan pada suhu 40 darjah Fahrenheit. (101 °F = 38.3 °C, 40 °F = 4.4 °C )
- Kajian menujukkan bahawa muzik klasik mampu untuk membuatkan lembu mengeluarkan lebih banyak susu. (hohoho menarik ni)
- Secara purata, lembu tenusu duduk dan bangun sebanyak 14 kali sehari.
- Secara purata, kira-kira 350 picitan diperlukan untuk mendapat segelen susu ketika proses pemerahan.(1 gelen = 3.79 liter susah gak nak perah susu ni hohoho)
- Seekor lembu membuat 40 000 gerakan rahang dalam masa sehari.
- Anda boleh menarik lembu untuk menaiki tangga, tapi agak mustahil untuk tarik lembu berkenaan turun dari tangga hahaha
- Lembu ada 4 perut. (4 bahagian sebenarnya hohoho)
- Lembu mampu menyumbang 200 000 gelas susu sepanjang hayat mereka.
- Lembu boleh tidur dengan berdiri.

bahagian perut lembu
Semoga trivia-trivia ini mampu untuk memberi sedikit ilmu dan kebaikan kepada anda hahaha. Lepas ni boleh la cuba bagi lembu korang dengar muzik klasik ye.. hohoho
sumber: funshun












di new zealand lembu lbh byk dari manusia
jangan lupe..lembu juge boleh ade oficial website..
pehhh lembu boleh mengesan bau sejauh 5 batu!
tak kluar susu pon lembu cisdel tu walaupon dgr lagu klasik :tongue_wink_ee:
lagu bagi dengar mp3 al-quran mcm mana plak?
Happy bufday cisdel!!!
haha… :grin2_ee:
Sungguh kungfu panda!
haha..betul2..lembu ade 4 perut..
tambahan info utk lembu:ade sejenis bacteria baik dalam perut lembu yg boleyh digest cellulose yg lembu ambil..(cellulose maksudnya segala rumput yg mengandungi cellulose)..sebab tuh manusia kalau makan sayur-sayuran mesti xkan digest..just utk membantu penghadaman..