Gambar Bunga Bakawali yang Sedang Mengembang dengan Sangat Cantik
Kepada yang tidak tahu, bunga bakawali akan kembang pada tengah malam dan akan layu pada keesokkan harinya. Kami berpeluang untuk mengambil gambar evolusi bagaimana rupa bunga ini sedang mengembang. Diharapkan anda terhibur dan menikmati keindahan alam ini π
10/06/09 | 10.13pm

bunga bakawali belum kembang
Gambar ini diambil sehari sebelum bunga itu kembang kerana kami sedar yang bunga itu akan kembang tidak lama lagi. Semenjak itu kami memerhatikan bunga ini setiap hari.
12/06/09 | 10.59pm

bunga bakawali sedang sarat
Sama seperti hari-hari lain, kami memerhatikan bunga bakawali ini untuk memastikan bila ia akan kembang. Dan pada 12 Jun 2009 jam 10.59 malam kami mendapati bunga ini sedang sarat dan pasti akan kembang tak lama lagi. Jadi dengan berbekalkan kamera 450D dan nokia 3200 yang digunakan sebagai penata cahaya kami memulakan misi merakam evolusi bunga bakawali.
12/06/09 | 11.03pm

bunga bakawali nak kembang
Misi diteruskan lagi dengan sabarnya tetapi pada jam 11.03 malam bunga ini seperti masih belum ada perubahan yang drastik. Kami mula agak berasa kecewa dan mahu memberhentikan usaha ini kerana menganggap bunga itu tidak akan kembang. Tetapi kami gagahkan juga dengan ditemani nyamuk, embun dan bunyi-bunyi pelik haha.
12/06/09 | 11.10pm

iklan seketika kerana untuk mengelak bosan
Oleh kerana agak bosan dan mahu mengembalikan mood, kami merancang satu lagi aktiviti sampingan iaitu permainan cahaya daripada nokia 3200 dan kamera 450D hehehe
12/06/09 | 11.12pm

bunga bakawali mula kembang
Permainan cahaya yang begitu mengasyikkan membuatkan kami hampir lupa tujuan asal kami malam itu. Nasib baik kami cepat tersedar dan memerhatikan bunga bakawali. Ketika ini kelihatan bunga bakawali itu sudah mula kembang.
12/06/09 | 11.21pm

bunga bakawali dah mula nampak dalamnya
Kami agak teruja pada masa ini kerana bunga bakawali telah mula menampakkan segala isi di dalamnya. Misi diteruskan lagi untuk melihat bunga bakawali yang akan kembang dengan cantik.
12/06/09 | 11.27pm

dah nak kembang habis dah ni
Pemerhatian diteruskan lagi tetapi kali ini pada sudut yang berbeza kerana kami ingin melihat lebih dekat stigma dan anther bunga bakawali berkenaan yang sangat unik dan cantik.
12/06/09 | 11.32pm

bunga bakawali mula menampakkan semua kelopak
Tepat jam 11.32pm bunga ni dah semakin kembang dan setiap kelopak dah mula nampak dengan ketara. Cantikkan bunga bakawali yang hampir kembang ni. Pemerhatian diteruskan lagi untuk melihat bunga bakawali yang kembang sepenuhnya.
12/06/09 | 11.57pm

bunga bakawali kembang
Jika diperhatikan, sela masa di antara gambar ini dan gambar sebelumnya adalah agak jauh. Ini kerana tiada perkembangan yang ketara pada bunga bakawali itu. Jadi tepat jam 11.57 kami mengambil gambar terakhir pada malam itu dan mengaggap bunga bakawali telah kembang sepenuhnya.
13/06/09 | 7.44am

bunga bakawali di pagi hari
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan hasil semalam, kami meneruskan usaha di awal pagi. Menurut sumber, selagi Matahari belum memacak bunga ini tidak akan layu. Jadi ini adalah gambar bunga bakawali ini sebelum ia layu dan dengan ini berakhirlah misi memerhatikan proses pengembangan bunga bakawali π
Untuk makluman, topotato.com itu adalah blog milik penulis juga dan abang sulung kepada cisdel.com. Jadi tidak timbul isu kami mengambil gambar hak orang lain dan menjadikan seperti milik kami hehe.
sumber: topotato.com
subhanallah, chanteknya..
woooaaa!! cool! buat eksperimen ke??? huhuhu π―
dekat kampung aku ade pokok ni. time tgh kembang nenek aku surh pegi tengok
wangi gila! pastu kejap je aku tengok sebab gelap gila
pastu seram tak ingat dunia
aku pon blah dengan cepat hahahahaha
cantiknye ciptaan ALLAH….tapi sempat pulak buat iklan yerk…. π
dekat rumah sy ada pokok nie, n klu nak tau bila bunga bakawali ni kembang tgk pada bunga tu klu ada semut sekor/2 ekor maknanya x lama lg lah tu…
tp klu siangnyer dah bnyak semut kat bunga tu,maknanyer mlm tu bunga akan kembang….
tu pun sy tgk pd pokok depan rumah ni lah…
huhuhu… π
dkt mana
bunga nie ade dijual….sy nak beli bunga bakawali?
wahhh abg rupanya baru tau bro
π π π
terbaeekkk!!!!
lawa la…
hehehehhehe
subhanallah..cantiknya..kalaulah dapat saksikan sendiri..
klu buat sequence video, lg cntik :smirk1_ee:
perempuan mmg suka bunga
haha gua tau ni post lama lu ! HAHAHAHAHAHAH
hahaha…ni kali kedua ak tgk post ni…
:snake_ee: :snake_ee:
Rasanya satu masa dulu ada yang buat lagu pasal bunga ni
hehe..mana nak dapat benih bunga bakawali nih ek.. :rolleyes_ee:
seriusly chantek sgt…
8P.. memang cantik. Tak pernah lihat bunga ni live depan mata. Nak carilah pas ni… Nak bagi mak… Mak suka tanam bunga…
bebakat tul mr.topotato snap gamba..cayala..
cantiknya…hilang mengantuk. Kat rumah arwah mak ada tanam, tapi tak pernah tengok bunganya, mak kata nama Gul Bakawali, nak buat ubat mata rabun, pagi ambil air embun kat bunga tu,sapu pada mata.
memang mengkagumkan..aku mula jatuh ati kat bunga ni pada bulan enam yang lalu coz bau ,rupa n warnanya(putih bersih) sungguh unik