Gambar Bunga Bakawali yang Sedang Mengembang dengan Sangat Cantik

Published On 12/02/2011 | By cisdel | Alam

Kepada yang tidak tahu, bunga bakawali akan kembang pada tengah malam dan akan layu pada keesokkan harinya. Kami berpeluang untuk mengambil gambar evolusi bagaimana rupa bunga ini sedang mengembang. Diharapkan anda terhibur dan menikmati keindahan alam ini :)

10/06/09 | 10.13pm

bunga bakawali 1

bunga bakawali belum kembang

Gambar ini diambil sehari sebelum bunga itu kembang kerana kami sedar yang bunga itu akan kembang tidak lama lagi. Semenjak itu kami memerhatikan bunga ini setiap hari.

12/06/09 | 10.59pm

bunga bakawali sedang sarat

bunga bakawali sedang sarat

Sama seperti hari-hari lain, kami memerhatikan bunga bakawali ini untuk memastikan bila ia akan kembang. Dan pada 12 Jun 2009 jam 10.59 malam kami mendapati bunga ini sedang sarat dan pasti akan kembang tak lama lagi. Jadi dengan berbekalkan kamera 450D dan nokia 3200 yang digunakan sebagai penata cahaya kami memulakan misi merakam evolusi bunga bakawali.

12/06/09 | 11.03pm

bunga bakawali nak kembang

bunga bakawali nak kembang

Misi diteruskan lagi dengan sabarnya tetapi pada jam 11.03 malam bunga ini seperti masih belum ada perubahan yang drastik. Kami mula agak berasa kecewa dan mahu memberhentikan usaha ini kerana menganggap bunga itu tidak akan kembang. Tetapi kami gagahkan juga dengan ditemani nyamuk, embun dan bunyi-bunyi pelik haha.

12/06/09 | 11.10pm

iklan seketika kerana untuk mengelak bosan

iklan seketika kerana untuk mengelak bosan

Oleh kerana agak bosan dan mahu mengembalikan mood, kami merancang satu lagi aktiviti sampingan iaitu permainan cahaya daripada nokia 3200 dan kamera 450D hehehe

12/06/09 | 11.12pm

bunga bakawali mula kembang

bunga bakawali mula kembang

Permainan cahaya yang begitu mengasyikkan membuatkan kami hampir lupa tujuan asal kami malam itu. Nasib baik kami cepat tersedar dan memerhatikan bunga bakawali. Ketika ini kelihatan bunga bakawali itu sudah mula kembang.

12/06/09 | 11.21pm

bunga bakawali dah mula nampak dalamnya

bunga bakawali dah mula nampak dalamnya

Kami agak teruja pada masa ini kerana bunga bakawali telah mula menampakkan segala isi di dalamnya. Misi diteruskan lagi untuk melihat bunga bakawali yang akan kembang dengan cantik.

12/06/09 | 11.27pm

dah nak kembang habis dah ni

dah nak kembang habis dah ni

Pemerhatian diteruskan lagi tetapi kali ini pada sudut yang berbeza kerana kami ingin melihat lebih dekat stigma dan anther bunga bakawali berkenaan yang sangat unik dan cantik.

12/06/09 | 11.32pm

bunga bakawali mula menampakkan semua kelopak

bunga bakawali mula menampakkan semua kelopak

Tepat jam 11.32pm bunga ni dah semakin kembang dan setiap kelopak dah mula nampak dengan ketara. Cantikkan bunga bakawali yang hampir kembang ni. Pemerhatian diteruskan lagi untuk melihat bunga bakawali yang kembang sepenuhnya.

12/06/09 | 11.57pm

bunga bakawali kembang

bunga bakawali kembang

Jika diperhatikan, sela masa di antara gambar ini dan gambar sebelumnya adalah agak jauh. Ini kerana tiada perkembangan yang ketara pada bunga bakawali itu. Jadi tepat jam 11.57 kami mengambil gambar terakhir pada malam itu dan mengaggap bunga bakawali telah kembang sepenuhnya.

13/06/09 | 7.44am

bunga bakawali di pagi hari

bunga bakawali di pagi hari

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan hasil semalam, kami meneruskan usaha di awal pagi. Menurut sumber, selagi Matahari belum memacak bunga ini tidak akan layu. Jadi ini adalah gambar bunga bakawali ini sebelum ia layu dan dengan ini berakhirlah misi memerhatikan proses pengembangan bunga bakawali :)

Untuk makluman, topotato.com itu adalah blog milik penulis juga dan abang sulung kepada cisdel.com. Jadi tidak timbul isu kami mengambil gambar hak orang lain dan menjadikan seperti milik kami hehe.

cisdel bunga bakawalisumber: topotato.com

Kongsi Artikel

31 Responses to Gambar Bunga Bakawali yang Sedang Mengembang dengan Sangat Cantik

  1. Pingback: Gambar Bunga Meletup yang Sangat Cool | cisdel.com

  2. nabila says:

    Bunga bakawali mmg cantik. Sy ada menanamnya beberapa pasu. Mudah je nak tanamnya. Ambil keratan n tanam. Klu dijaga dgn baik pasti berbunga byk. Sy jg ada myimpan foto bunga bakawali sy yg tgh mekar.

    Mmg sungguh indah n unik anugerah dr ALLAH

    • talha says:

      salam cik nabila.saya nak bertanya pd cik yg ada menanam bunga bakawali.bole saya dapatkan no kontek kerana saya berminat dgn bunga ini.

  3. menarik kesah Gul Bakawali. Izinkan saya memetik gambar dan kesahnya untuk dimasukkan ke dalam Facebook. TQ

  4. sha atie says:

    Alhamdulillah syukur kepada yang maha pencipta betapa bunga bakawali ini amat cantik n susah di jumpai apabila ia sedang berkembang…kerna ia berkembang di waktu malam dan menjadi kudup di waktu siang…

  5. LAILY says:

    Salam,

    Saya pencari bunga bakawali. Adakah saudara masih mempunyainya lagi?
    Tq

    • Mohd Said bin Senong says:

      Di masa ni Bunga Bakawali dalam proses mengembang, aku jangka pada malam ni kul 9.00 mlm berkembang lah ia, di masa ni sedekit demi sedikit kelopaknya dah mula terbuka.

  6. ismail says:

    salam..kepada tuan punya blog, tahniah kerana bagik saya inspirasi nak carik dan bela pokok bunga ni..berpandukan gambar tuan/cik juga la saya tau bila bakawali pertama saya nak kembang..hehe saya mula bela pokok bakawali lepas beli sepasu kat nursery, pastu siram je tiap hari n jgn lupa baja seminggu sekali..lepas 3-4 bulan bela baru ada bunga, skarang ada lagi yang akan kembang hehe..tapi betul jugakla, tanam bunga ni mungkin dia memilih tuan dan luck juga la..ada orang tanam xidup, xpun xde bunga..atau da bertahun2 tanam baru berbunga..alhamdulillah yg saya bela ni rajin nmpaknya dia berbunga..kalau nk bela dari keratan daun pun senang idup. xbanyak nursery yg jual bunga ni..memilikinya adalah satu kelebihan (chewah) hehe..salam ramdhan dari saya di port dickson 😉 klu ada yg berminat, bolehla email saya 😉

  7. Pingback: Gambar Titisan Embun yang Sangat Cantik dan Menakjubkan | cisdel.com

  8. hasnah zain says:

    Dah lama berhajat nak tengok bunga bakawali ni, tak sangka tercapai hajat bila bunga bakawali di halamanku berbunga. Walaupun cuma dua kuntum tapi harumnya, subhanallah. sanggup tunggu sampai tengah malam. Kuntum yang pertama pada malam sebelumnya tak sempat tengok sbb tertidur, tapi yang kedua tu….emmm puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *