20 Fakta Menarik Tentang Kucing

Diterbitkan Pada 04/02/2011 | Oleh cisdel | Trivia

Kami pernah menulis beberapa fakta menarik tentang lipas dan gajah, ternyata ramai yang menggemari kedua-dua post berkenaan. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan 20 fakta menarik tentang kucing pula. Kucing in termasuk la segala kaum kerabat kucing seperti puma, harimau dan lain-lain lagi icon smile 20 Fakta Menarik Tentang Kucing

kucing 20 Fakta Menarik Tentang Kucing

Ini adalah kucing :)

  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut icon smile 20 Fakta Menarik Tentang Kucing
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari icon smile 20 Fakta Menarik Tentang Kucing

Dalam post ini kami terpaksa gunakan perkataan Bahasa Ingeris kerana ada beberapa perkataan yang tak mampu kami terjemahkan. Trivia atau fakta ni tak semestinya betul ye.. Kalau salah tolong la betulkan :)  Ok soalan cepumas: Siapa boleh terangkan perbezaan antara Cheetah, Cougar, Leopard, Panthers dan Puma hehehe

cisdel dengan kucing pemalas 20 Fakta Menarik Tentang Kucingsumber: funshun

Kongsi Artikel

34 Responses to 20 Fakta Menarik Tentang Kucing

  1. la dolche amy berkata

    Kucing adalah antara spesis yang tercomel termasuk singa Dan harimau. Sepupu mereka singa dan harimau comel tp x boleh nak dekat. Kerana mereka adalah haiwan comel, cantik tetapi ganas. Saua mengagumi ciptaan tuhan yang ganas ini :)

  2. DangGebu berkata

    fakta 15 …. masuk dlm kategori 75%…

  3. elmi lenia berkata

    wow

  4. Pingback: 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011 | cisdel.com

  5. catlover berkata

    kucing saya geli dengan semut ..ahha :D

  6. iman berkata

    satu lagi infooo yee
    kucing dapat memahami perasaan tuanya
    (kalau dia sayang kat tuan dia laa..) :3

  7. Pingback: 20 Fakta Menarik Tentang Kucing Yang Comel Itu | GilerKentang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>