20 Fakta Menarik Tentang Gajah
Published On 03/01/2011 | Trivia
Kami pernah menulis 20 fakta menarik tentang lipas dan ia mendapat sambutan yang sangat mengejutkan. Atas permintaan ramai, satu lagi post berbetuk ilmiah atau trivia di cisdel.com diwujudkan. Kami mengumpulkan fakta ini daripada pelbagai sumber dan menterjemahnya sendiri. Diharapkan agar kalian suka dengan 20 fakta menarik tentang gajah ini.

gambar sumber dari National Geographic
- Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat
- Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27)
- Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu
- Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan
- Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha)
- Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter
- Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State)
- Pada Perang Duni ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin
- Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.
- Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.
- Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari
- Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg
- Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin
- Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat
- Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja
- Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun
- Gajah tidur berdiri
- Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah.. hahaha)
- Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut
- Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat
Memang unik sungguh haiwan ciptaan Allah yang bernama gajah ni. Ada banyak lagi fakta dan trivia menarik tentang gajah yang korang boleh dapati di sumber kami atau google sendiri 😀
sumber: funshun, indianchild, ellapublishing
takde fakta gajah takut tikus puuuuun~
fakta tu takde sumber sahih.. hohoho
heheheheh
Ada satu situasi.. Kalau dekat kg, orang2 kampung takut sangat bila cakap besar pasal gajah ni. Kalau cakap jugak, nnt gajah dtg umah memalam buta, pecahkan tingkap, pintu umah, bumbung. Betul ke?
betul ke?
aku tak pernah dengar lak pasal cerita macam ni. munkin kerna kampung aku bukan tepi hutan kot.
gajah tidur berdiri… :gulp_ee:
gajah takut dengan tikus x ?? http://faktalafbaru.blogspot.com/2011/01/gajah-dan-tikus.html
gajah pun boleh dibacara kan eh. macam lah dorang faham :tongue_rolleye_ee:
hahaha yang x leh blah.. gajah kene bicara tu.. pehh!! apa ke sengal orang yang bicara gajah itu.. hak3 siap hukum gantung lagi.. LOL
kesian jugak orang yang nak kena gantung gajah tu.. =.=”
kenapa tak tulis gajah boleh berak je….hahha gajah mengeluarkan tahi cam xbest ekeke…
p/s :ade beberapa typo disitu heee 😀
macam tak sopan je tulis berak.. haha aku baru perasan ada typo
maksudnya kau tidur berdiri la ek ? kahkahkahkah :snake_ee:
cakap kat diri sendiri ke? hehe
x de fakta tentang lembu cisdel ke??? :grin2_ee:
tunggu sempena birthday cisdel.com nanti hehe
bila bufdaynye??? ❓
hujung bulan 2 🙂
x sabar nak tunggu bufday lembu cisdel…. 😛
Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State)
cmne nk gantung gajah tu…? hahaha
mungkin sama dengan cara macam mana nak masukkan gajah dalam peti ais.. hohoho
berat gigi gajah sampai 3kg??? 😮
Pingback: 20 Fakta Menarik Tentang Kucing | cisdel.com
fakta no18 paling xleh blaa…hehe
Hahaha,seyes aku tergelak tgk cisdel naik atas gajah.klu dlm dunia sebenar.mampuih gajah tu tercungap2 dek lembu naik atas dia.hahahahahahha
btl lha gajah tkut tkus .. ad dah dibuat kajian
hmm, gjah bsar tp bnda yg kcil pon nakut.. hmm, xptut2x