10 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang 2010

Published On 01/01/2011 | By cisdel | Menarik

Ini adalah post istimewa sempena tahun baru 2011. Kompilasi post-post yang paling menarik di cisdel.com sepanjang tahun 2010. Semua ini adalah post pilihan admin sendiri dan agak susah nak buat post ni sebab rasanya semua post di cisdel.com menarik hehehe. Post tidak di susun ikut ranking ye.. ikut suka je hehe

1) Gambar Kantoi Masa Tengah Buat Projek

lembu cisdel tutup mata tak nak tengok maksiatPost ini mungkin hangat dan menarik sebab ramai yang bernafsu lepas baca tajuk post dia. Haha tapi walau bagaimana pon post ini tetap best dan menghiburkan ramai pihak. Cuba la baca kalau tak percaya

2) Kisah Arnab yang Nak bunuh Diri

lembu cisdel nasihatkan ArnabIni post yang kelakar dan unik, ala-ala komik ilustrasi kisah arnab yang cuba dengan sedaya upaya nak bunuh diri. Memang kelakar dan unik cuba la baca ye. Tapi diingatkan, jangan tiru aksi ini semua haha

3) Gambar Anak Kucing Sedih yang Sangat Comel

cisdel baby sedih

Kami sendiri sangat teruja bila pertama kali nampak gambar tu semua. Memang sangat comel aksi kucing tu. Rugi kalau korang tak tak tengok sendiri

4) Gambar Haiwan Buat High Five Dengan Sangat Comel dan Lawak

cisdel high one

Post ini memaparkan gelagat-gelagat haiwan yang comel yang buat gaya seperti high five! Memang comel, cantik dan lawak.. haha sila la tengok ye kalau sudi 😀

5) Kisah Pengembaraan Gigi Susu yang Comel

Post ini diwujudkan semasa kehilangan lembu cisdel. Ia memaparkan aksi pengembaraan gigi-gigi susu yang comel dan melakukan aksi-aksi yang sangat menarik rasa macam nak picit-picit je mereka ni semua haha.

6) Gambar Senyuman yang Manis dan Menawan

 

lembu cisdel senyum

Dalam post ini kami kongsikan gambar-gambar haiwan yang sedang tersenyum. Gambar-gambar itu semua sangat unik dan kelakar dan kami harap anda juga terhibur bila tengok gambar tu semua.

7) Panduan Lengkap Penggunaan Emoticon Seperti Ini (*^.^)

cuba teka apa emosi lembu ni sekarang

Ini adalah antara post terawal yang wujud di cisdel.com. Post ini merupakan panduan macam mana nak guna emoticon seperti (*^.^*) dan bila masa sesuai untuk menggunakannya.. haha menarik post ini ada contoh expresi muka sebenar lagi. Rugi kalau korang tak baca ehehe

8) Koleksi Gambar dan Video Maru, Kucing Comel yang Sukakan Kotak

cisdel main kotak

Kepada yang tak kenal siapa itu Maru, korang memang rugi je online lama-lama haha. Kalau tak kenal sila la baca post ini dan baru korang akan tahu kenapa korang rugi hahah

9) 20 Fakta Menarik Tentang Lipas

cisdel tangkap lipas besar

Dalam post ini kami bersusah payah untuk terjemahkan fakta-fakta tersebut untuk tatapan pembaca cisdel.com dan rasanya ia sangat berbaloi kerana ramai yang sukakan post ini dan kongsikannya bersama rakan-rakan lain. 😀

10) Koleksi Jersi Pasukan Malaysia Sepanjang Zaman

cisdel jersi baru 2

Post istimewa sempena Perlawanan Akhir Piala AFF. Kami telah hubungi sendiri pemilik ilustrasi jersi ini semua dan kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada saudara Azmie daripada SwitchImageProject kerana memberi kebenaran untuk kami kongsikan hasil seni beliau ini 😀

Akhir kata kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca sekalian kerana terus memberikan sokongan sepanjang tahun 2010. Kami akan cuba lakukan yang terbaik untuk memastikan cisdel.com semakin kacak dan menarik pada tahun 2011 ini nanti. Sebarang cadangan dan komen boleh diajukan di facebook kami dan kami sangat menghargainya. Selamat Tahun Baru 2011

cisdel main mercun 2011

Kongsi Artikel

8 Responses to 10 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang 2010

  1. Amirez says:

    semuanya entri kat cisdel memang best 😉
    selamat tahun baru 2011 cisdel

  2. tina says:

    love cisdel :kiss_ee:

  3. MuJE says:

    cisdel dah cukup tahun dah ni. boleh sembelih dah.. 🙂

  4. MIYA says:

    cisdel, selamat thaun baruuu 🙂 😀 :kiss_ee:

  5. eiyda says:

    cisdel memang best….heeee

  6. Fatehah A. says:

    sume post cisdel best, tp utk kali ni aku suka post arnab nk bunuh diri dan gigi susu tu.

    nice work cisdel.com

    harap akan lebih maju di tahun 2011!

  7. isma hakim says:

    memang best la cisdel nie..macam2 cisdel memaparkn..thanks3……salam 3ma kasih…

  8. isma hakim says:

    lembu cisdel tu c0mel kn…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *