Kehangatan kemenangan Piala AFF Suzuki 2010 masih lagi terasa. Majoriti blog dan berita semua tulis pasal kemenangan Malaysia semalam. Kami seperti biasa tak suka nak bersaing dengan ribuan blog lain untuk menerbitkan post yang panas-panas. Sebab tu kami nak kongsikan Patch Pasukan Malaysia untuk PES 2011. Kalau korang pemain tegar PES (Pro Evolution Soccer) tak perlu kami terangkan apa itu patch.
Dah agak lama kami tak menulis tentang alam semulajadi yang menakjubkan. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan gambar bunga-bunga yang sangat cantik diambil secara X-ray. Semua gambar-gambar ini adalah hasil kreativiti artis yang bernama Hugh Turvey.
Kepada yang tak kenal, Simpson ni adalah karakter kartun berwarna kuning yang lawak dan sinis. Agak mustahil jugak la kalau ada yang tak kenal siapa itu The Simpson. Untuk post kali ini kami nak tunjukkan macam mana rupanya kalau Simpsons cuba untuk menjadi karakter komik yang lain pulak hohoho
Kepada yang tak tahu, Anugerah Juara Lagu bakal berlangsung 9 Januari 2011 yang akan datang. Banyak lagu-lagu best yang akan berentap tapi kami tak nak tulis pasal lagu yang bertanding. Kami lebih prefer untuk kongsikan iklan promosi AJL ke 25. Sama seperti iklan tahun lepas, iklan promosi kali ini agak unik dan menarik jugak.
Memandangkan sebentar tadi ramai yang heboh pasal laser yang berwarna hijau ni, kami dengan sedaya upaya mencari bahan yang menarik berkenaan dengan laser hijau untuk dipaparkan di cisdel.com dengan cara kami tersendiri. Sebelum itu, lebih elok kalau ditunjukkan perbezaan antara laser merah dan laser hijau ini..
Sempena perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia nanti, kami ingin paparkan koleksi jersi pasukan Malaysia sepanjang zaman dari tahun 1977 hingga yang terbaru. Gambar-gambar ni semua adalah ilustrasi saudara Azmie daripada SwitchImageProject.
Biasanya orang buang je barang hardware komputer yang lama-lama. Tak pon jual dekat besi buruk je sebab perkembangan semasa yang susah nak kejar. Post kali ini kami ingin kongsikan kreativiti artis Itali yang bernama Franco Recchia, beliau berjaya membuat model bandar yang cantik dan unik daripada hardware komputer yang lama
Orang kreatif mampu menjadikan apa-apa je jadi sesuatu yang unik dan menarik. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan kreativiti artis yang bernama Bela Borsodi. Beliau mampu menghasilkan corak muka yang unik daripada lipatan pakaian sahaja. Sila tengok sampai habis ye..
Biskut biasanya dihias cantik dengan macam-macam acuan untuk menambah keseronokkan nak makan biskut tu. Sebelum ni kami pernah kongsikan cupcakes yang comel dan sedap, untuk post kali ini kami nak kongsi koleksi acuan biskut yang unik dan sangat menarik.
Ramai yang mengagumi superhero dan bercita-cita nak ada super power macam mereka. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan hasil ilustrasi bila dinosaur bertukar menjadi superhero yang terkenal. Memang cantik dan menarik ilustrasi hasil karya d.r3sto ini semua. Semoga terhibur..


