Dah agak lama kami tidak memamparkan gambar-gambar kejadian tuhan yang menakjubkan. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan gambar-gambar awan yang sangat cantik dan menakjubkan. Semoga gambar-gambar ini dapat membuatkan kita berasa kagum dengan alam ciptaan tuhan yang sangat menakjubkan.
Digital Painting (lukisan digital) adalah teknik lukisan secara digital sama ada menggunakan brush dalam software ArtRage atau lukisan secara vector menggunakan Adobe Illustrator atau mungkin secara 3D modelling. untuk keterangan lanjut berkenaan dengan digital painting ini sila google. Post kali ini kami ingin berkongsi digital painting selebriti terkemuka yang sangat cantik dan nampak macam real.
Banyak souvenir atau barang-barang kreatif yang diilhamkan daripada star wars. Dekat cisdel.com pon dah ada banyak post pasal barang-barang kreatif star wars. Sila la cari kalau berminat ye. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan helmet Darth Vader yang sangat kreatif hasil karya 100 orang artis dan dinamakan “The Vader Project”
Hehehe sengaja kami tak kongsi post baru di cisdel.com ini biar korang terasa rindu pada lembu cisdel. Usaha mencari lembu cisdel akan ditamatkan pada 11.59 malam ini. Terima kasih kepada yang sudi join. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan lukisan yang sangat cool yang dilukis pada kotak telur.
Update: Contest ini telah tamat terima kasih kepada semua yang memberi sokongan Selamat hari raya kepada semua pembaca dan peminat cisdel.com. Seperti mana yang anda ketahui kami ada menganjurkan contest mencari lembu cisdel yang hilang yang sepatutnya akan tamat pada esok hari 15 September 2010. Tapi memandangkan terdapat permintaan dan memikirkan perihal cuti raya, kami akan melanjutkan contest itu sehingga [...]
Selama ini kita asyik tengok dan kagum dengan seni bina luar negara je. Untuk post kali ini sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini mari kita cuci mata dengan melihat gambar-gambar masjid yang sangat cantik yang terdapat di seluruh Malaysia.
Biasanya orang akan menampal jubin atau mosaic untuk mencantikkan rumah. Atau kalau lebih kreatif lagi boleh lukis mural di dinding-dinding agar kelihatan cantik. Tapi apa yg kami ingin kongsikan kali ini adalah gabungan mural dan mosaic. Setiap mosaic akan dilukis dengan gambar dan dicantumkan menjadi gambar yang lebih besar.
cisdel.com memang suka memaparkan gambar yang cantik dan menakjubkan. Untuk post kali ini, kami ingin kongsikan gambar embun atau titisan air yang sangat cantik dan menakjubkan. Semoga gambar-gambar ini dapat dijadikan sumber untuk cuci mata setelah penat bekerja
Kalau korang lahir pada tahun 80an dan ke bawah pasti pernah jumpa dengan kaset untuk rekod lagu. Sekarang ni macam agak susah nak jumpa semua dah pakai cd je. Post kali ini kami ingin kongsikan hasil seni Erika Iris Simmons yang dibuatkan menggunakan tape kaset.
Kalau korang masih ingat, suatu ketika dahulu kami pernah kongsikan gambar kucing yang seksi memakai rambut palsu. Post kali ini pula kami ingin kongsikan kucing-kucing yang disolek dan dihiaskan dengan cantik dah macam model runaway nak buat catwalk tu hohoho.


