Kepada yang tidak tahu, nama domain itu adalah alamat url contohnya nama domain bagi blog ini adalah cisdel.com. Nama domain merupakan satu aset yang sangat penting kerana ianya unik dan tidak ada nama domain lain yang seumpamanya. Berikut adalah senarai 10 nama domain yang paling mahal di dunia hehe cuba teka domain apa yang paling mahal.
10) Toys.com [2009] $5.1 million
toys.com
Toys.com ini dimiliki oleh syarikat ToysRUs dalam satu bidaan pada tahun 2009. Hohoho 5.1 juta tu beb.. Kalau tukar jadi RM dalam RM 15 juta jugak la.
9) Casino.com [2003] $5.5 million

casino.com
Ini adalah laman untuk berjudi secara online. Sila jangan terjebak dengan laman web ini.
Israel.com [2008] $5.88 million
israel.com
Kononnya laman ini adalah sumber utama berkenaan Israel. Pada awalnya domain ini dibeli oleh Joel Noel Friedman pada tahun 1996 untuk mengelakkan daripada nama domain ini disalah guna.
7) Beer.com [2004] $7 million
beer.com
Ini adalah enjin carian untuk beer dan perkara yang sama waktu dengannya.
6) Business.com [1999] $7.5 million
business.com
Ia adalah enjin carian untuk bisnes yang diasaskan oleh Jake Winebaum pada 1999.
5) Diamond.com [2006] $7.5 million
diamond.com
Kedai menjual berlian secara online hoho siapa yang rasa dia mampu dan berani untuk membeli berlian secara atas talian, sila la ye.
4) P*rn.com [2007] $9.5 million
Maaf tiada gambar untuk laman web ini kerana takut ia akan menimbulkan banyak spekulasi.. hahaha
3) Fund.com [2008] £9.99 million
fund.com
Web yang memeberi informasi tentang peluang perlaburan, dan banyak lagi yang seumpama dengannya.
2) S*x.com [2006] $14 million
sex.com
Pada mulanya aku singat ini domain yang paling mahal.. tapi malagnya bukan.. hohoho cuba teka domain apa yang lagi mahal dari sex.com ini.. hohoho
1) Insure.com [2009] $16 million
insure.com
Laman web ini menyediakan informasi berkaitan dengan insurans nyawa, kereta, kesihatan dan lain-lain lagi.
Bila tengok domain harga juta-juta ni tetiba lembu cisdel tu menggatal nak jual domain cisdel.com ni.. rasanya boleh dapat harga juta-juta tak? Kalau bawah dari 1 juta aku tak nak jual.. hohoho

domain ini bukan untuk dijual
sumber: thisblogismine




bley buat pelaburan jual beli nama domain ni. beli dulu tp xyah guna, nnt offer jual domain nama sdp2 kat syarikat besar2. huhu :grin2_ee:
[Reply]
reezluv Reply:
April 22nd, 2011 at 10:50 am
takyah syarikat besar..pegi je kt Ebay/Flippa or Godaddy jek.. :lol_ee:
try le appraise kot dapat bape?hehe..mana tau..PR ko pun ngan Alexa dasat tu..silap2..dapat USD20K pun jadi le.. :rolleyes_ee:
[Reply]
terbaek
[Reply]