Fakta Menarik Tentang McDonald’s

Published On 06/03/2010 | By cisdel | Trivia

Mustahil ada yang tidak mengetahui apa itu McDonald’s. Silap-silap ada yang memang tiap-tiap hari makan kat sana. Kepada yang mengada-ngada tak tahu, McDonald’s adalah franchise makanan segera yang terkemuka di dunia. Berikut adalah beberapa fakta dan trivia menarik tentang McDonald’s agar boleh menambahkan ilmu anda tentang makanan segera kesukaan ramai itu.

  1. Big Mac telah dicipta oleh Jim Delligatti pada tahun 1967 di sebuah restoran McDonald’s di Uniontown, Pennsylvania
  2. Harga asal Big Mac adalah 49sen USD.. (hohoho kalau sekarang harga dia macam tu, tiap-tiap hari aku bawak bekal Big Mac)
  3. Secara puratanya, terdapat 178 biji bijan di bun sesebuah Big Mac
  4. Di India, nama Big Mac ditukar kepada Maharaja Mac yang menggunakan daging kambing kerana masyarakat India tak boleh makan daging lembu.
  5. McDonald’s drive through pertama adalah di Sierra Vista, Arizona yang mula beroperasi pada 24 Januari 1975
  6. Orang di Jepun akan menyebut McDonald sebagai “Makudonarudo”
  7. Ronald McDonald boleh berbicara dalam 25 bahasa
  8. Sarah Michelle Gellar pernah disaman oleh McDonald pada usia 4 tahun kerana dialog “Do I look 20 per cent smaller to you? I must have at McDonalds because their hamburgers are 20 per cent smaller than Burger King’s.” dalam iklan Burger King’s
  9. Nama McDonald’s diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.. (nasib baik nama burger yang popular tu Big Mac dan bukan Big …. hehehe)

Run cisdel.. Run!!!

Kongsi Artikel

28 Responses to Fakta Menarik Tentang McDonald’s

  1. Melz says:

    Aku seorang manusia yang ketagih terhadap mcd 😛

    Hahaha. Papepon Set 1 / 2 Large Satu please .

    P/s : Dah baper ratus ribu aku melabur kat depa ini ermm.

  2. yonna says:

    LOL HAHAHHA.aku suka lembu hang weh. hahaha selalu bagi aku gelak sebab comel sangat!

    aku suka mcd jugak. ayam spicy dia. OMG paling sedap dan pedas!

  3. aniely says:

    hahah “dick Donald ” ..hahaa ade unsur lucahh

  4. Dak Wan® says:

    Tau tak? Sebenarnya McDonald ni peniaga Hartanah…… 🙂

  5. nursarah says:

    sedapnya chicken mcdeluxxe!

  6. aidi-safuan says:

    hahaa…burger king penah kena saman? hoho

  7. wanmus says:

    memang sedap mcd ni tapi bile fikir kesannya kat tubuh yang dah berisi ni..ohh nooo…takut jadinya

  8. hyebabes says:

    bigmac satu

  9. mrkay says:

    meh aku tambah sikit lagi nak? haha.

    – Tiada siapa tau siapa Ronald McDonald yang sebenar walaupun staff McD sendiri.

    – Di business card Ronald, tertulis jawatan “Ambassador of Happiness”

    apa lagi nak tambah? aku pon dah lupa. haha

  10. TMUkmkd says:

    tahu tak: mcdonald sentul adalah mcd pertama aku pergi :snake_ee:
    tahu tak_2: kat Kuala terengganu ada dua mcd yang tak la jauh mana 8)
    tahu tak 3: ronald mcdonald yang ko lukis tu macam pembunuh bersiri pakai topeng clown beb :lol_ee:

  11. MyaFiza says:

    lama dah x makan mcD….

  12. syin says:

    ronald mc donald ni si penjenayah ke…? sbb ada gak cerita dia………..

    ” 178 biji bijan di bun ” – tak boleh bla…blh plak pergi kira…hahaha..yg kat rumah aku ada 100 je..mna aci..rugi je aku beli…

  13. eiyda says:

    heppy meal satu..hahah ;p

  14. Wrathchilde says:

    tahukah anda bahawa wang yang disalurkan saudara(ri) untuk membeli Big Mac apa semua tu digunakan untuk dana ammunition rejim zionis untuk bunuh org2 islam didunia ni….kanak2 skali…..Hahahaha pi la bawak famili makan kat sana banyak2…..bleh bunuh ramai lagi org islam……apara DICKASS Donald….!!

  15. Wrathchilde says:

    bila ayam gaduh dengan badut…….jadi Big Chicky

  16. Iamsura says:

    ahahahaha…takperlah cisdel kena sembelih…
    kita gak yg makan…
    sedap tu… :tongue_laugh_ee:

  17. EV says:

    cisdel tetap comel!

  18. aizuddin says:

    Makudonarudo cisdel 1..haha 😯

  19. titan says:

    tak selalu makan. Kene gi temerloh maa kalau nak makan..

  20. sasa says:

    biar saya sambungkan..
    dan bukan BIG…. MAMA!!
    hahaha…. :snake_ee:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *