Asal-usul Nama Syarikat Terkenal
Published On 26/02/2010 | Trivia
Berikut adalah senarai nama syarikat terkemuka dan bagaimana mereka boleh mendapat nama berkenaan. Anda tak perlu tahu pon pasal perkara ini, tapi jika anda tahu ia akan jadi satu ilmu yang berguna dan boleh berlagak dengan rakan-rakan hohoho..
- Google – asalnya dari perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sumber penyampai maklumat terulung di internet,tapi telah disalah eja jadilah google. Nasib baik salah eja kalau tak cam pelik je nama googol tu.
- Adidas – diambil daripada nama founder mereka Adolf (Adi) Dassler
- McDonald’s – diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940
- Nike – diambil sempena nama Dewi Kejayaan Greek
- Nintendo – maksud Nin-Ten ialah “Heaven blesses hard work” (aku tak pasti macam mana nak translate jadi BM =.=”) manakala do itu adalah nama common yang digunakan pada akhir nama kedai di Jepun.
- Starbucks – diambil daripada nama watak Starbuck dalam novel Moby-Dick;
- BMW – diambil daripada perkataan Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Factories)
- Yahoo! – diambil daripada Yet Another Hierarchical Officious Oracle. Yahoo pada mulanya digunakan dalam buku Gulliver’s Travel yang menggambarkan seorang yang tidak kelihatan dan berpewatakan seperti manusia lain. Pengasas yahoo David Filo dan Jerry Yang pilih nama tu sebab mereka menganggap mereka adalah golongan yahoo
- Xerox – berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kering.
- HP – pengasas syarikat ini Bill Hewlett dan Dave Packard main lambung syiling nak tentukan sama ada syarikat baru mereka bernama Hewlett-Packard atau Packard-Hewlet.
- Cisdel.com – hoho ini bukan syarikat terkenal tapi merupakan nama blog ini. Nama cisdel dipilih untuk menggambarkan reaksi setelah membaca atau melihat sesusatu yang tidak masuk akal tapi menarik lantas anda akan berkata cisdel dengan spontan. Penerangan yang agak pelik bukan? Teruskan membaca cisdel.com pada masa yang akan datang dan anda akan ketahui bagaimana untuk menggunakan perkataan cisdel itu 😀
Cukuplah sampai di sini post pengenalan di cisdel.com. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cisdel.com sila layari page About dan jangan lupa untuk melanggan RSS cisdel.com.
memang aku berkata CISDEL lepas baca entri ni..
CISDEL Terbaek!!
cess… cisss. :tongue_laugh_ee:
cisssss…
😯 cisdel tul… hahaha…
oh cisdel 😯
hehe. cisdel betul la.. 😛
cis tol cisdel..
Memang cisdel lah.
🙂 cisdel
kalau googol bole jd x laku la search engine tuh.. 8)
aku pernah terbace kat blog ttg kaitan Starbucks ngan Israel/Yahudi..
Star = Bintang, bendera Israel
Bucks = Duit juga disebut bucks, 5bucks, 10bucks etc..
Summary, duit utk Israel
Wallahuaklam..
Nintendo – maksud Nin-Ten ialah “Heaven blesses hard work” (aku tak pasti macam mana nak translate jadi BM =.=”)
Alan dah agak mesti ramai yang tak tahu nak manfaat kan google.com
Seperti masalah di atas. Boleh jer kalau nak translate ke bm even bahasa apa-apa pun. Pergi google.com then klik translate yang di sebelah kiri atas sekali.
Ataupun datang lah melawat blog Alan. blogalan.com Ada artkel pasal google. Hehe
Harap maaf kerana tumpang mencelah di sini. Terima kasih. Peace! tak gune cisdel lah. Haha
rasanya kalau tak menggunakan google.. macam mana aku boleh dapat info ni semua ek..
kalau setakat perkataan “Heaven blesses hard work” translate guna google jadi “Surga memberkati kerja keras” sama je macam aku tanya adik aku yang darjah 4 tu..
aku tak terjemahkan dalam BM sebab aku tak pasti ayat dia macam mana.. sebab asalnya pon benda tu dari perkataan jepun translate jadi BI pon dah macam terabur.. Malas plak aku nak teraburkan lagi kalau setakat guna direct translation guna goolge translate tu..
lagi satu.. kalau nak belajar lebih lanjut pasal google search.. cuba la search kat topotato.com ada artikel pasal google.. kalau hebat sangat google la post tu sampai jumpa
google bukan sekadar untuk search web, image, maps.. etc je beb..
sekian terima kasih..